August 05, 2010

minum petang

*bahasa rojak

Hi!
Rasa hari ini nak berblog dalam bahasa.
Semalam mama ada tanya, "Whats your strength?"
Saya tak tahu mama.
Bantu saya mendefinasi kekuatan bahasa saya.
Oleh kerana itu, saya menguji diri untuk menaip sebuah post dalam bahasa rojak. Kemudian, orang lain boleh la judge, english ke bahasa.

Okay, here we go.
Masa?
Ever wonder what happen to your hours?
Kita selalu kata tak ada masa.
Tetapi adakah kita tahu apa itu masa?
Mesti cepat je nak jawab, masa itu emas kan?
*kenyit mata*

Kenapa orang dulu boleh menaip mengguna typewriter tetapi masih boleh siap kerja dalam waktu?
Bagaimana orang dulu boleh kukur kelapa tetapi sempat membuat pelbagai masakan?
Serta, yang paling menarik, walau bagai mana tak sihat atau penat berkebun, masih ada masa untuk buat kuih petang yang enak?
Belajar sifir dengan mendarab dengan bijak, bukan kalkulator dan tetap silap.

Macam mana yea?
Penah terfikir?
Tidak sama sekali.

Di zaman teknologi hanya perlu tekan butang untuk pelbagai tugas, tetapi masih tidak ada masa. Bukan itu sahaja, komplain tentang kesusahan menekan suis dan berbaris panjang di kaunter membeli makanan segera. Paling tidak boleh diterima, tidak ada masa untuk anak kerana berkerja mencari duit membesarkan anak. Saya faham, duit adalah segalanya di zamani ini. Tetapi apabila kurang kasih sayang dan tumpuan, remaja terutamanya mudah terpengaruh dengan rakan yang juga datang dari keluarga bermasalah. Percaya lah, tuisyen bukan penyelesian supaya anak tidak terpesong. Tetapi kasih sayang. Seperti mana, nenek moyang kita ada masa untuk masak sedap-sedap guna dapur arang dalam masa sama mengurus kebun serta mengaji atau ke surau bersama anak pada waktu malam. 

Yea, saya memang kampung.
Tetapi ini lah diri saya yang mempunyai fikiran bahawa kita sebenarnya mempunyai masa, tetapi kita tidak reti menghargainya.

Bye!


Note:
Mak saya tak ada masa kukur kelapa akan tetapi tetap tidak pernah lupa meluangkan masa untuk minum petang untuk kami sama-sama bergossip bagi mengeratkan silaturrahim.

4 comments:

Anonymous said...

:), Bahasa seperti "translation" daripada bahasa english kepada Bahasa melayu menggunakan perisian (software) jerk...berpusing-pusing ayat...:)

M said...

tak guna perisian pun.
agak kelakar yea?
lama dah tak tulis karangan macam periksa spm, memang tak boleh lawan blog awak.

terima kasih.

Anonymous said...

rajin awak "update" awak punyer "blog" yerk.. saya selalu baca...:)

M said...

:) nak jadi writer tak dapat.